Jisim atom relatif

Jisim atom relatif (simbol: Ar) ialah satu kuantiti fizikal tanpa dimensi, iaitu nisbah jisim purata atom-atom satu unsur (daripada satu sumber tertentu) kepada 1/12 daripada jisim atom karbon-12 (dikenali sebagai unit jisim atom bersatu).[1][2] Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada berat atom piawai yang diterbitkan dalam selang yang tetap oleh IUPAC[3][4] dan bertujuan untuk boleh digunakan pada bahan-bahan makmal biasa. Berat-berat atom piawai ini dicetak semula dalam pelbagai buku teks, katalog komersial, carta dinding, dll., dan juga di dalam jadual di bawah.Istilah "berat atom" (sesuatu unsur) juga digunakan untuk menyatakan kuantiti fizikal ini, dan ia bersinonim dengan istilah di atas. Namun, penggunaannya yang berterusan telah menyebabkan kontroversi sejak tahun 1960-an.[5]